PL JUS PLUS

PL JUS PLUS

Sunday, 27 August 2017

Petua Turunkan Suhu Demam Dengan Mudah


Cuaca sekarang sangat panas jika dibandingkan dengan dahulu. Dah lama tak hujan sehingga anak pun selalu jatuh sakit terutama sekali demam. Ibu mesti risaukan kalau anak demam? Tapi, kalau nak bagi makan ubat, tak baik pula untuk organ dalaman anak kita yang belum matang itu. Jadi, eloklah kita cari cara tradisional untuk merawat demam anak kita.
Salah satu cara nak turunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk merunkan suhu badan yang panas dengan cepat. Cara nak buat pun senang sahaja. Bahan-bahan yang kita perlukanhanyalah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk mengambil jusnya.

Antara Petua Untuk Turunkan Suhu Demam :

1. Air Perahan Lemon
  • Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.
  • Maukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala anak kita supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan di letakkan di kepala si manja
2. Rendam Sarung Kaki (Stokin)
  • Basahkan sarung kaki anak di dalam campuran air lemon sekejap. Angkat sarung kaki, perah sedikit. Pakaikan sarung kaki kepada anak pada waktu malam.
3. Hirisan Lemon
  • Hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki mereka dan salotapkan lemon itu supaya tak tanggal.
  • Spraykan kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. Insyallah cepat turunnya suhu yang panas itu
4. Mandian Lemon
  • Penuhkan bekas mandian bayi dengan air suam
  • Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air
  • Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit
  • Siap boleh mandikan bayi anda

No comments:

Post a Comment