PL JUS PLUS

PL JUS PLUS

Sunday, 27 August 2017

BAGAIMANA FUNGSI PL JUS PLUS MENJADI PENAWAR FIBROID?

PL Jus Plus akan membantu dari segi pengecutan kembali bengkak atau ketumbuhan kecil dalaman ketika mengalami sakit fibroid. 

Pemakanan secara berterusan dengan sukatan yang betul dapat memulihkan masalah yang dihadapi dalam masa tiga hingga empat minggu bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing.

Ianya merawat secara dalaman dan tidak memberi kesan sampingan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak. Ini kerana PL Jus Plus telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai produk makanan tambahan serta 100% adalah buatan muslim. 

PL Jus Plus adalah hasil daripada campuran 10 herba terpilih iaitu dengan kaedah hemopati untuk tujuan perubatan dan khasiat yang terbaik.


Durian Belanda
Khasiat durian belanda ini memberikan kesan anti tumor, anti kanser yang sangat kuat dan terbukti secara perubatan untuk menyembuhkan segala jenis kanser. Khasiatnya juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fugus dan berkesan melawan pelbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress dan menormalkan kembali sistem saraf yang tidak baik. Durian belanda adalah khasiat yang boleh digunakan dalam penawar fibroid.


Bidara
Bidara adalah salah satu buah yang digunakan dalam merawat luka, sakit fibroid dan ulser, membantu menyembuhkan penyakit paru-paru dan demam. Biji bidara ini dapat menghentikan loya, muntah dan sakit perut semasa kehamilan. Daun Bidara ini dapat membantu dalam masalah hati, demam dan asma. Selain itu, rebusan akarnya juga dapat menurunkan suhu panas badan disamping pengecutan pada ketumbuhan fibroid. 


Guarana
Dari kulit, isi dan buah guarana sangat berkhasiat seperti tanin yang mampu menjaga usus tahap sihat, menjaga anti bakteria, serta menjadi antioksidan dalam badan. Gizi dalam buah guarana amat diperlukan dalam tubuh untuk memaksimumkan tenaga dalam kerja harian. Jadi, herba guarana amat berkhasiat dalam menjadi ubat fibroid serta penyakit dalaman.
 
 
Madu Asli
Salah satu khasiat keunikan madu adalah kerana madu mempunyai khasiat zat antibiotik yang aktif melawan serangan pelbagai kuman patogen penyebab penyakit. Beberapa penyakit infeksi daripada patogen yang dapat dicegah adalah saluran pernafasan, batuk, demam, penyakit luka, pencernaan dan penyakit kulit. Madu mempunyai komponen kimia koligemik yakni asetilkolin. Ianya berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah.
 
 
Halia
Halia adalah antioksidan. Berkesan seperti antibiotik bila dimakan atau disapukan. Bahan-bahan gingerol dan shogaol dalam halia dikatakan boleh bertindak membasmi, menyekat ketumbuhan fibroid, dan penyebaran kanser prostat, usus, payudara dan ovari. Selain itu, halia juga berfungsi sebagai mengurangkan kesakitan bagi pesakit arthritis.
 
 
Goji
Goji adalah buah yang kaya dengan vitamin, mineral, protein dan antioksidan dan ianya mempunyai zat besi yang lebih banyak daripada bayam. Goji juga mempertingkatkan sistem dalam tubuh selain mempunyai vitamin A, C, B1, B2, E, Omega 3, Omega 6 dan Omega 9. Antara khasiat goji yang paling ajaib adalah dapat memanjangkan usia serta melambatkan diri daripada kelihatan tua menerusi anti-oksidan yang tinggi.


Kurma
Buah kurma mempunyai fungsi yang amat penting dalam mencegah dan mengurangkan risiko kanser. Ini disebabkan kurma kaya dengan khasiat yang berkesan dalam menguranhkan dan mencegah kanser. Antara khasiat yang terdapat dalam kurma termasuklah vitamin A, C, E dan magnesium.


Manggis
Manfaat buah manggis paling utama adalah mengubati dan mencegah kanser. Maka manfaat buah ini dapat dikatogorikan menjadi salah satu ‘bentuk tanaman ubat’. Antara khasiat manggis adalah mencegah kanser, mengurangi rasa sakit, mencegah infeksi, kaya antioksidan, baik untuk tekanan darah tinggi.


Zaitun
Minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai ‘monounansaturated’ yang mampu merendahkan kolestrol merbahaya di dalam darah. Jika dilihat ramai masyarakat kita menggunakan zaitun dalam pemakanan untuk mengurangkan kolestrol selain dapat mencegah daripada terkena serangan jantung.
 
 
Tinn
Buah tinn merupakan buah yang kaya akan gizi kerana mengandungi molekul gula, vitamin serta mineral. Khasiat buah ini dihasilkan dari kandungan nutrisinya. Sejumlah nutrisi seperti protein, mineral, vitamin, zat besi dan kalsium di dalam buah tinn.
 

No comments:

Post a Comment