PL JUS PLUS

PL JUS PLUS

Sunday, 27 August 2017

Perbezaan Antara Cyst Dan Fibroid Serta Polyps.

Jika anda di diagnosis mempunyai cyst, fibroid atau polyps, adakah anda tahu yang mana satukah daripada ketiga-tiga ketumbuhan ini yang boleh menjadi kanser uterus(rahim), kanser serviks atau kanser ovari? Tahukah anda perbezaan antara cyst dan fibroid serta perbezaan kedua-duanya dengan polyps?

Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti ketumbuhan seperti fibroid, polyps dan cysts yang bertujuan untuk melindungi kita daripada serangan kanser. Bagaimana kita tahu apakah maksudnya setiap ketumbuhan dan yang mana satukah daripada ketiga-tiga ketumbuhan ini yang kita perlu risau.

Untuk memahaminya, kita perlu tahu perbezaan antara polyps dan cyst dan bagaimana ketumbuhan ini berbeza daripada fibroid. Ini kerana tidak semua ketumbuhan boleh bertukar menjadi kanser dan sesetengahnya boleh juga menjadi kanser jika tidak dikesan  dan tidak dirawat.

  
Apa itu Fibroid?

Fibroid biasanya boleh berkembang di dalam tisu rahim. Ia dikenali sebagai leiomyomas atau myomas. Ketumbuhan ini boleh jadi berbeza-beza  dari segi  bentuk, saiz dan kedudukan kerana ia boleh di dapati  di luar atau jauh ke dalam tisu rahim. Walaupun semua wanita mempunyai risiko untuk mendapat fibroid, namun wanita berusia di antara 30-40 tahun merupakan golongan yang mempunyai risiko lebih tinggi.

Fibroid sukar untuk dirasai kewujudanya pada awalnya. Mungkin setelah imbasan doktor ketika hamil atau muncul simptom-simptom tertentu, barulah kita sedar ia telah wujud dalam tubuh. Antara tanda-tanda atau simptom yang mungkin menunjukkan kehadiran uterus fibroid termasuklah:
  1. Mengalami perubahan keadaan haid yang teruk atau tempoh haid yang panjang
  2. Berlaku pendarahan ketika haid yang banyak beserta darah beku
  3. Mengalami masalah senggugut teruk ketika haid
  4. Rasa sakit belakang pada bahagian tulang pinggul atau selvik
  5. Pembesaran abdomen di kawasan bawah perut yang disangka mengandung atau perut buncit
  6. Gangguan masalah kesuburan
  7. Masalah pembuangan air kecil – tekanan pada pundi kencing menyebabkan rasa ingin kencing dengan kerap atau masalah lemah kawalan kencing
  8. Masalah pembuangan air besar – tekanan pada usus besar menyebabkan rasa sakit, sembelit atau kembung.
  9. Rasa sakit ketika hubungan kelamin.
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau “benign” iaitu bukan sejenis kanser. Namun begitu, jika ia menunjukkan simptom semakin kronik seperti pertambahan saiz dan pertumbuhan yang ketara, maka ia perlu dibuang secepat mungkin. Kebiasaanya terapi hormon digunakan manakala untuk kes yang lebih berat, pembedahan mungkin merupakan pilihan terakhir.

Nota penting : Tidak semua pembedahan membuang uterus fibroid menyebabkan wanita akan kehilangan keupayaan untuk mengandung. Kerana ia sebolehnya tidak perlu melibatkan pembuangan rahim.


 Apa itu Polyps?

Polyps merupakan pertumbuhan abnormal tisu sel yang boleh dijumpai dimana-mana organ badan yang mempunyai salur darah. Ia biasanya dijumpai di kolon, hidung dan uterus. Namun, kali ini, saya hanya akan menyentuh tentang polyps di uterus sahaja.

Simptom atau tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan berklakunya uerus polyps ialah:
  1. Mengalami haid tidak teratur yang berbeza-beza dari segi tempoh dan berat pendarahan
  2. Spotting (pendarahan ringan pada vagina) antara dua waktu haid
  3. Masalah ketidaksuburan
  4. Pendarahan vagina selepas fasa menopous
Polyps di uterus adalah ketumbuhan yang tumbuh di lapisan dalam rahim yang dipanggil endometrium. Ia juga boleh menolak dirinya ke dalam rongga dalaman rahim dan boleh juga ditemui tumbuh dalam lapisan serviks. 

Tidak seperti fibroid, polyps merupakan ketumbuhan malignan iaitu berbahaya dan boleh bertukar menjadi kanser. Tetapi ia jarang berlaku dan risikonya lebih kepada wanita yang lebih berusia atau wanita yang sudah menopous.

Uterus fibroid dan uterus polyps sukar untuk dibezakan. Keduanya kelihatan sama dalam ujian pengimejan dan kedua-duanya boleh menyebabkan  simptom yang sama seperti pendarahan haid yang teruk, kekejangan dan sakit perut. Oleh itu, untuk menentukan sifat malignan atau benign polyps, doktor perlu mengambil sampel dan menghantar sampel tersebut kepada pakar patologi untuk ujian lanjut.

Jika polyps benign menyebabkan kesakitan atau jika polyps anda jenis malignan, pembedahan boleh dilakukan untuk membuang ketumbuhan ini.

Apa itu Cyst?

 

Cyst boleh menjadi ketumbuhan yang paling menyakitkan dan boleh di diagnosis sebagai malignan (berbahaya). Oleh sebab inilah kita perlu memahami perbezaan diantara polyps dan cyst. Cyst boleh terjadi pada ovari sebagai kantung-kantung yang terdiri daripada pepejal atau dipenuhi dengan cecair daripada sistem pembiakan wanita.  Cyst yang bersaiz kecil biasanya menghasilkan kesakitan yang tidak berapa kuat tetapi cyst yang bersaiz lebih besar boleh menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk.

Tidak seperti polyps dan fibroid, ovarian cyst tidak menyebabkan pendarahan yang melampau ketika haid. Selain daripada kanser, bahaya lain yang menanti adalah apabila cyst tersebut pecah dan menyebabkan kandungannya terbebas dan memasuki rongga-rongga badan yang lain dan boleh menyebabkan keracunan darah atau kehadiran penyakit-penyakit lain.

Cyst ovari boleh menjadi malignan (berbahaya) dan menyebabkan kanser, tetapi kebanyakan cyst yang wujud adalah benign (tidak berbahaya).

Alternatif selain ubat hospital?

Walaupun fibroid, polyps dan cyst berpotensi untuk menyebabkan anda mengalami kesakitan yang serius, majoriti ketumbuhan ini masih boleh dirawat dengan mudah sebelum mereka berkembang menjadi tumor kanser.

Antaranya dengan mengamalkan minum PL JUS PLUS - DURIAN BELANDA.
kita sedia maklum khasiat durian belanda yang sangat bagus untuk kesihatan ini. dan di dalam pl jus plus ini turut di tambah pelbagai buahan yang khasiat baik untuk mengatasi dan menyembuhkan penyakit secara semulajadi.
 
Semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada anda dan anda dapat memahami perbezaan antara cyst dan fibroid serta polyps.


BAGAIMANA FUNGSI PL JUS PLUS MENJADI PENAWAR FIBROID?

PL Jus Plus akan membantu dari segi pengecutan kembali bengkak atau ketumbuhan kecil dalaman ketika mengalami sakit fibroid. 

Pemakanan secara berterusan dengan sukatan yang betul dapat memulihkan masalah yang dihadapi dalam masa tiga hingga empat minggu bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing.

Ianya merawat secara dalaman dan tidak memberi kesan sampingan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak. Ini kerana PL Jus Plus telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai produk makanan tambahan serta 100% adalah buatan muslim. 

PL Jus Plus adalah hasil daripada campuran 10 herba terpilih iaitu dengan kaedah hemopati untuk tujuan perubatan dan khasiat yang terbaik.


Durian Belanda
Khasiat durian belanda ini memberikan kesan anti tumor, anti kanser yang sangat kuat dan terbukti secara perubatan untuk menyembuhkan segala jenis kanser. Khasiatnya juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fugus dan berkesan melawan pelbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress dan menormalkan kembali sistem saraf yang tidak baik. Durian belanda adalah khasiat yang boleh digunakan dalam penawar fibroid.


Bidara
Bidara adalah salah satu buah yang digunakan dalam merawat luka, sakit fibroid dan ulser, membantu menyembuhkan penyakit paru-paru dan demam. Biji bidara ini dapat menghentikan loya, muntah dan sakit perut semasa kehamilan. Daun Bidara ini dapat membantu dalam masalah hati, demam dan asma. Selain itu, rebusan akarnya juga dapat menurunkan suhu panas badan disamping pengecutan pada ketumbuhan fibroid. 


Guarana
Dari kulit, isi dan buah guarana sangat berkhasiat seperti tanin yang mampu menjaga usus tahap sihat, menjaga anti bakteria, serta menjadi antioksidan dalam badan. Gizi dalam buah guarana amat diperlukan dalam tubuh untuk memaksimumkan tenaga dalam kerja harian. Jadi, herba guarana amat berkhasiat dalam menjadi ubat fibroid serta penyakit dalaman.
 
 
Madu Asli
Salah satu khasiat keunikan madu adalah kerana madu mempunyai khasiat zat antibiotik yang aktif melawan serangan pelbagai kuman patogen penyebab penyakit. Beberapa penyakit infeksi daripada patogen yang dapat dicegah adalah saluran pernafasan, batuk, demam, penyakit luka, pencernaan dan penyakit kulit. Madu mempunyai komponen kimia koligemik yakni asetilkolin. Ianya berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah.
 
 
Halia
Halia adalah antioksidan. Berkesan seperti antibiotik bila dimakan atau disapukan. Bahan-bahan gingerol dan shogaol dalam halia dikatakan boleh bertindak membasmi, menyekat ketumbuhan fibroid, dan penyebaran kanser prostat, usus, payudara dan ovari. Selain itu, halia juga berfungsi sebagai mengurangkan kesakitan bagi pesakit arthritis.
 
 
Goji
Goji adalah buah yang kaya dengan vitamin, mineral, protein dan antioksidan dan ianya mempunyai zat besi yang lebih banyak daripada bayam. Goji juga mempertingkatkan sistem dalam tubuh selain mempunyai vitamin A, C, B1, B2, E, Omega 3, Omega 6 dan Omega 9. Antara khasiat goji yang paling ajaib adalah dapat memanjangkan usia serta melambatkan diri daripada kelihatan tua menerusi anti-oksidan yang tinggi.


Kurma
Buah kurma mempunyai fungsi yang amat penting dalam mencegah dan mengurangkan risiko kanser. Ini disebabkan kurma kaya dengan khasiat yang berkesan dalam menguranhkan dan mencegah kanser. Antara khasiat yang terdapat dalam kurma termasuklah vitamin A, C, E dan magnesium.


Manggis
Manfaat buah manggis paling utama adalah mengubati dan mencegah kanser. Maka manfaat buah ini dapat dikatogorikan menjadi salah satu ‘bentuk tanaman ubat’. Antara khasiat manggis adalah mencegah kanser, mengurangi rasa sakit, mencegah infeksi, kaya antioksidan, baik untuk tekanan darah tinggi.


Zaitun
Minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai ‘monounansaturated’ yang mampu merendahkan kolestrol merbahaya di dalam darah. Jika dilihat ramai masyarakat kita menggunakan zaitun dalam pemakanan untuk mengurangkan kolestrol selain dapat mencegah daripada terkena serangan jantung.
 
 
Tinn
Buah tinn merupakan buah yang kaya akan gizi kerana mengandungi molekul gula, vitamin serta mineral. Khasiat buah ini dihasilkan dari kandungan nutrisinya. Sejumlah nutrisi seperti protein, mineral, vitamin, zat besi dan kalsium di dalam buah tinn.
 

Petua Turunkan Suhu Demam Dengan Mudah


Cuaca sekarang sangat panas jika dibandingkan dengan dahulu. Dah lama tak hujan sehingga anak pun selalu jatuh sakit terutama sekali demam. Ibu mesti risaukan kalau anak demam? Tapi, kalau nak bagi makan ubat, tak baik pula untuk organ dalaman anak kita yang belum matang itu. Jadi, eloklah kita cari cara tradisional untuk merawat demam anak kita.
Salah satu cara nak turunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk merunkan suhu badan yang panas dengan cepat. Cara nak buat pun senang sahaja. Bahan-bahan yang kita perlukanhanyalah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk mengambil jusnya.

Antara Petua Untuk Turunkan Suhu Demam :

1. Air Perahan Lemon
  • Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.
  • Maukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala anak kita supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan di letakkan di kepala si manja
2. Rendam Sarung Kaki (Stokin)
  • Basahkan sarung kaki anak di dalam campuran air lemon sekejap. Angkat sarung kaki, perah sedikit. Pakaikan sarung kaki kepada anak pada waktu malam.
3. Hirisan Lemon
  • Hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki mereka dan salotapkan lemon itu supaya tak tanggal.
  • Spraykan kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. Insyallah cepat turunnya suhu yang panas itu
4. Mandian Lemon
  • Penuhkan bekas mandian bayi dengan air suam
  • Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air
  • Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit
  • Siap boleh mandikan bayi anda